Sekian lama aku menyendiri , dan tetapkan hati aku dengan slogan lebih baik disayangi berbanding menyanyangi atau ''forever alone'' tiba tiba pada 16 september 2012, datang muncul lagi cinta baru dalam hati ini . Sememangnya hati ni tidak serik serik selepas dikecewakan 2 kali sepanjang melayari kehidupan di atas muka bumi ini . Dia datang menyapa dengan penuh sopan , dengan memberi salam terlebih dahulu . Aku yang dikenali sebagai perempuan yang jenis mudah mersa pun menerima sapaannya dengan mesra dan tetapi terpendam suatu niat untuk membulinya . Sikap dia yang mengalah dan penggunaan ayat ayat pasrahnya membuatkanku tak jemu untuk membulinya . Kami menghabiskan masa dengan memperkenalkan diri . Dan seperti lelaki lelaki yang lain , apabila mula mesra , mereka akan meminta nomber telefon untuk memudahkan mereke memikat seseorang itu , perkara yang sama berlaku pada dia . Malah , dia siap pesan :'' ye ye , topup banyak banyak tau '' . Sejak daripada itu , setiap detik setiap saat kami akan berhubung . 26 september 2012 . Aku telah meminta pertolongan dia untuk melepaskan diriku daripada lelaki lain yang cuba untuk memikatku , Aku telah memintanya untuk berlakon menjadi kekasihku . Aku tahu perbuatan itu akan memberi harapana kepadanya , Oleh itu , aku telah menasihatinya dengan berkata :'' you don't fall in love with me haa , kite kawan je '' . Selepas aku berkata begitu , sungguh jelas kelihatan kekecewaan pada dirinya . Aku bersungguh sungguh untuk mengelakkan dirinya untuk jatuh hati kepadaku , tetapi tanpa disedari , semua langkah itu membuatkan diriku ni sendirinya jatuh hati kepadanya .Pada awal permulaan 16 oktober 2012 . Entah kenapa , Aku terlepas cakap dengan menghantar sms yang bertulis :'' Saye Suka Awak :D'' . Sememangnya , hati ini tidak dapat ditahan lagi . Jatuhnya hatiku ini kepadanya bukan karna paras rupanya , tetapi sikapnya terhadap diriku . Sememangnya dia sangat berbeza jika dibandingkan dengan dua cinta yang pernah ku tangihi sebelum ini . Dia berusaha untuk mengenaliku dan dia juga berusaha memikatku . Dia ikhlas menyanyangiku . Dia sungguh sungguh menyanyangiku dan dia juga serius menyanyngiku hingga berhajat untuk menjadikanku isterinya . Bererti sungguh aku kepadanya . Selama hati ini diburu cinta , hati ini tidak pernah berjumpa dengan cinta yang ikhlas dan mulia seperti ini . Aku merasakan bertapa beruntungnya diriku memiliki cintanya . Alhamdulillah . Kini , hubungan kami telah terjalin selama 6 minggu , walaupun kami tidak pernah jumpa , tapi entah kenape , semakin hari berlalu , semakin kami mencintai antara satu sama lain . Walaupun kami kenal dalam tempoh yang begitu singkat iaitu sebulan , tapi entah kenapa , kami faham antara satu sama lain seperti sudah lama kurunnya kamu kenal . inilah dinamakan jodoh , walaupun berjauhan , walaupun baru saling mengenali , keakraban antara kami mudah terhasil . Kami sentiasa berdoa , agar hubungan kami hingga mendapat ikatan yang halal . Kerana , aku percaya bahawa dia lelaki yang boleh menjagaku , mencintaiku sepenuh hatinya , membahagiakanku dan apa
yang paling penting , menjadi ayah yang terbaik untuk anak anakku suatu hari nanti .
yang paling penting , menjadi ayah yang terbaik untuk anak anakku suatu hari nanti .
Walaupun hubungan kami pernuh dengan dugaan , penuh dengan cabaran , tetapi dengan nasihat yang diberi olehnya , aku percaya , aku mampu pertahankan hubungan kami . Aku tak nak jadi seperti kebayakan remaja , bercinta hanya sekadar suka suka , membuat maksiat dan tiada niat langsung untuk mengahwini lelaki yang dincintai walaupun aku tahu . Apa tujuan kita mencintai sesorang kalau kita tak nak hidup dengannya . Oleh itu , saya pasti dengannya . Dia yang terbaik untukku , dan dia yang terbaik untuk anak anakku .
MOHD IKMAL B. ZULKAFLI bakal suamiku , dan insyaAllah perkara itu pasti , amin :)
MOHD IKMAL B. ZULKAFLI bakal suamiku , dan insyaAllah perkara itu pasti , amin :)