Monday, 26 December 2011

asthma attack ! T.T

malam tadi , secara tiba tiba , ruang pernafasanku menjadi sempit . dadaku merasakan perit , sehingga memaksakku untuk batuk dengan tekanan supaya rasa itu hilang . semakin kuat , semakin kerap aku batuk , semakin penat , sehingga aku sukar untuk bernafas , sehingga menitis air mataku menahan rasa ketidakselesaan itu . sudah sekian lama aku tidak diserang penyakit asthma . dan semalam , aku merasakan pendeitaan yang teramat sangat !
aku mencari ubatku . tetapi , ubatku telah expired kerana terlalu lama tidak diserang asthma . aku seorang pesakit yang menderita asthma yang teruk ketika zaman kanak-kanak dulu . hampir setiap bulan aku akan diserang asthma , dan bila saja aku diserang , aku dibawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan gas yang berharga RM 70 , sekali rawatan + upah dokter and ubat , around RM 100 sekali pergi mendapatkan rawatan . parentsku mengambil keputusan untuk bawa aku berjumpe dengan pakar , then . aku diberi ubat seperti gambar di atas dan aku masih ingat nasihat dokter itu . supaya jangan makan makanan yang berminyak dan sneks yang ta berkhasiat . jangan biarkan dadaku dalam keadaan sejuk . aku ikut segala nasihat dokter tu , dan Alhamdulillah . sekarang aku kurang diserang asthma :D

apa itu asthma ?

Penyakit asma merupakan keradangan di bahagian saluran pernafasan yang menyebabkan berlakunya pengecutan saluran pernafasan .

apa simptom2nye ?
  1. Seringkali pesakit akan mengalami sesak nafas dan selalunya ia berlaku disebabkan rangsangan luar. Sekiranya ia berlaku kepada bayi, anda akan lihat pernafasannya menjadi pantas.
  2. Sesak nafas juga sering disusuli dengan sejenis bunyi yang digelar ‘wheezing’. Ia merupakan bunyi seperti wisel yang berada di anak tekak dan selalunya berlaku apabila mereka menghembuskan nafas berbanding menarik nafas.
  3. Pada waktu malam, mereka akan sering batuk-batuk. Cuaca yang sejuk merangsang batuk tersebut. Batuk tersebut digambarkan batuk yang berkahak.
  4. Kadang-kadang mereka juga akan mengadu sakit dada akibat kesukaran untuk bernafas .
Bagaimana serangan asma boleh berlaku? Apakah punca-puncanya?
Serangan asma selalunya berlaku disebabkan rangsangan. Sama ada rangsangan dari luar mahupun dalam.
  1. Rangsangan alergen. Contoh-contohnya adalah seperti habuk, lipas, debu tungau dan sebagainya. Anda perlu lihat di kawasan rumah anda sama ada mempunyai karpet yang berdebu atau tingkap anda sering terbuka yang menyebabkan debu-debu luar sering masuk ke dalam rumah.
  2. Bulu binatang peliharaan. Rata-rata ramai yang memelihara kucing di mana bulu binatang-binatang ini sering merangsang serangan asma. Sekiranya keluarga anda mempunyai sejarah alergi, anda tidak digalakkan untuk membela binatang peliharaan yang berbulu seperti kucing.
  3. Pencemaran udara. Pencemaran udara tidak kira mahupun luar ataupun dalam boleh merangsang serangan penyakit asma. Sebab itu kalau boleh pastikan tingkap ditutup. Kadang-kadang ada juga di rumah berdekatan dengan kerja-kerja pembangunan yang membawa pencemaran udara ke dalam rumah. Di ulang, pastikan tingkap anda ditutup sekiranya rumah anda mudah terdedah dengan habuk mahupun segala bentuk pencemaran udara di luar.
  4. Cuaca. Cuaca juga tidak kurang penting dalam memainkan peranan dalam merangsang serangan asma. Selalu asma dikaitkan dengan cuaca sejuk. Terutamanya di waktu malam dan di awal pagi.
  5. Senaman. Senaman sememangnya baik untuk kesihatan, tetapi terdapat juga bukti yang menunjukkan serangan asma boleh berlaku ketika bersenam. Ia digelar ‘exercise-induced asthma’. Tetapi ia tidak bermakna anda tidak boleh bersenam. Anda masih lagi boleh bersenam sekiranya anda tahu bagaimana untuk mengawal asma anda.


Thursday, 22 December 2011

suasana pantai yang indah mampu menenangkan minda :D


biru ! it's my fav colour . bile tgk je gambar2 mcm ni , dari stress terus jadi tenang .

sememangnya Allah maha Agung lagi maha Bijaksana , permandangan pantai yang indah seperti ini mampu menenangkan fikiran dan melepaskan tekanan .


tiupan angin di tepi pantai mampu melegakan kesedihan dan keperitan yang dilalui oleh seseorang .


bersyukurlah kerana kita dilahirkan di atas muka bumi yang indah ini .

ps : i wish i can round the world and see those view by myself :D
      isyaAllah ~


Sunday, 11 December 2011

disgusting but fun ! XD


 
This is the best form 4 biology experiment !
Menjijikkan dan menggelikan tetapi suatu pengalaman yang bermakna ! ni bukanlah katak yang aku operate *gambar curi je ni haha ! * , aku silap mase tu , Ta bawak katak besar besar mase na buat operation hari tu , katak yang aku operate actually kecik je . K .experiment ni dibuat mase bulan puase 2011 . after buka puase mlm tu , aku jalankanlah operasi mencari katak , sebab mase siang aku ta nampak sekor katak pun kat kolam rumah aku tu , so cari lah waktu malam ..
Bagai mencari harta karun aku mencari katak , last2 jumpalah seekor mangse ni , dy dok bertenggek cantik punye kt atas batu . ha ! Inilah masa yang sesuai sekali ! Tapi aku takut plus geli . Haha , walaubagaimanapun , aku beranikan diri tangkap jugak katak tu , sambil MENJERIT MENJERIT KEGELIAN ! Haha ,
Aku ikat bekas katak tu kuat2 dan bawak ke sekolah ~
Dalam waktu yang sama mama ku tanya : adik , ta rase bersalah ke bunuh katak bulan2 puase ni ?? . Huurhh . What in my mind all this things jus for stdy . Ta bermaksud na kejam terhadap binatang or what , name pun budak bio , kenalah buad bende2 begini XD
Masa time na operate , aku dengan rela hati na operate untuk kumpulan aku , kami dibekalkan alatan yang complete untuk membedah katak tu , wahh ! Serious da macam dokter ! Haha .
Katak tu dipengsankan dahulu ~
After pengsan ape lagi . Belah dadaku dan tengok lah hati ku .*kata kata katak itu * Muahahaha ! . Aku pun potonglah slow2 gune pisau bedah . Suddenly ! dada katak tu da terbelah lalu nampak lah lungs dia yang berdengup-dengup . Itulah aim experimat ini ! Yeahh ^^
After that , abis lah keje aku , dan ahli kumpulan yang lain cuba bertindak kejam . Mereka menseksikan katak tersebut dengan menanggalkan semua kulit katak tu , dan lalu , mencabut nyawa katak tu ! AKU TA BUNUH KATAK TU , AKU JUST OPERATE . HIHI^^ so , aku ta kejam . ngee :D
Ok , itulah saja , ni lah experiment yang paling best . Aku mula minta na belaja bio pun sebab experiment ni ! Hihi^^
-sweet memory with the frog -
HAHA !

Wednesday, 7 December 2011

First story : tangan getar getar XD

Hari ni , aku terpakse bawak motor sorang2 . actually aku sangat la takut yang teramatnye takut untuk bawak motor sorang2 ni . erti kata lain , aku PHOBIA ! kenape aku phobia sangat ? k . pada suatu hari yang panas ~ aku membawa motor bersama cousin ku yang tercinta MOHAMAD AMIR !  , waktu tu . aku hanya budak sekolah rendah . mase aku sekolah rendah . aku sangat nakal ! k , mase tu mama tade kat rumah , sibuk keje . aku dengan cousin aku ni bawak la motor papa aku tu , scooter >.<' . memeng laju la bawak kan ? dengan tade main gear nye . jalan straight . aku pecut agak laju kire kire 100m/s agaknye speed die . HAHA ! then , dengan secara mengejutnye , sebuah lori keluar dari simpang yang ditutupi pokok besar dan semak samun , serious ! aku ta nampak langsung !! aku ta sempat na brek motor , lalu aku redah semak dan menjatuhkan diri serta motor . cousin ku hanya mampu menjerit ! selepas saja kami jatuh . aku na angkat motor tu dari menghimpit kami . tetapi aku tidak berdaya begitu juga dengan sepupuku itu , lalu aku menjerit , TOLONG TOLONG ! lalu datanglah driver lori tu dengan ketakutan !
alhamdulillah kami ta apa-apa . jika aku ta cepat berfikir untuk masuk dalam semak , mungkin kami akan masuk bawah lori tu dan mungkin aku dengan sepupu ku da arw** hari ni . but syukur alhamdulillah , kami diberi berpeluang untuk bernafas lagi . :)
kami tidak mengalami sebarang kecederaan , cuma lebam-lebam . oleh itu , aku dengan cousin aku mengambil keputusan untuk merahsiakan hal ini . Dan sehingga ke hari ini , parents aku ta pernah tahu kejadian ni , dan ta tahu kenapa aku phobia sangat na bawak motor .
k , tadi aku ckp aku terpakse bawak motor sorang2 kan ? yeah ! aku berjaya bawak motor sorang2 walaupun tangan ku getar-getar ! hihi :D .
-pengalaman masa zaman sekolah rendah-  

saya baru di blog ! XD

oh oh ! assalammualaikum , aku baru dlm bab blog-blog ni . actually aku ta nak buad blog ni , tapi da ta leyh na onl facebook da , aku buad la blog . tade kosong sangat jiwa aku . huahuahua !
tapayah na introduce diri sgt la kan ? takan ade yang follow punye .
ok . now my blog is my best friend now ! i will write all in this things ! k . itu saja . bye :D