Monday, 26 December 2011

asthma attack ! T.T

malam tadi , secara tiba tiba , ruang pernafasanku menjadi sempit . dadaku merasakan perit , sehingga memaksakku untuk batuk dengan tekanan supaya rasa itu hilang . semakin kuat , semakin kerap aku batuk , semakin penat , sehingga aku sukar untuk bernafas , sehingga menitis air mataku menahan rasa ketidakselesaan itu . sudah sekian lama aku tidak diserang penyakit asthma . dan semalam , aku merasakan pendeitaan yang teramat sangat !
aku mencari ubatku . tetapi , ubatku telah expired kerana terlalu lama tidak diserang asthma . aku seorang pesakit yang menderita asthma yang teruk ketika zaman kanak-kanak dulu . hampir setiap bulan aku akan diserang asthma , dan bila saja aku diserang , aku dibawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan gas yang berharga RM 70 , sekali rawatan + upah dokter and ubat , around RM 100 sekali pergi mendapatkan rawatan . parentsku mengambil keputusan untuk bawa aku berjumpe dengan pakar , then . aku diberi ubat seperti gambar di atas dan aku masih ingat nasihat dokter itu . supaya jangan makan makanan yang berminyak dan sneks yang ta berkhasiat . jangan biarkan dadaku dalam keadaan sejuk . aku ikut segala nasihat dokter tu , dan Alhamdulillah . sekarang aku kurang diserang asthma :D

apa itu asthma ?

Penyakit asma merupakan keradangan di bahagian saluran pernafasan yang menyebabkan berlakunya pengecutan saluran pernafasan .

apa simptom2nye ?
  1. Seringkali pesakit akan mengalami sesak nafas dan selalunya ia berlaku disebabkan rangsangan luar. Sekiranya ia berlaku kepada bayi, anda akan lihat pernafasannya menjadi pantas.
  2. Sesak nafas juga sering disusuli dengan sejenis bunyi yang digelar ‘wheezing’. Ia merupakan bunyi seperti wisel yang berada di anak tekak dan selalunya berlaku apabila mereka menghembuskan nafas berbanding menarik nafas.
  3. Pada waktu malam, mereka akan sering batuk-batuk. Cuaca yang sejuk merangsang batuk tersebut. Batuk tersebut digambarkan batuk yang berkahak.
  4. Kadang-kadang mereka juga akan mengadu sakit dada akibat kesukaran untuk bernafas .
Bagaimana serangan asma boleh berlaku? Apakah punca-puncanya?
Serangan asma selalunya berlaku disebabkan rangsangan. Sama ada rangsangan dari luar mahupun dalam.
  1. Rangsangan alergen. Contoh-contohnya adalah seperti habuk, lipas, debu tungau dan sebagainya. Anda perlu lihat di kawasan rumah anda sama ada mempunyai karpet yang berdebu atau tingkap anda sering terbuka yang menyebabkan debu-debu luar sering masuk ke dalam rumah.
  2. Bulu binatang peliharaan. Rata-rata ramai yang memelihara kucing di mana bulu binatang-binatang ini sering merangsang serangan asma. Sekiranya keluarga anda mempunyai sejarah alergi, anda tidak digalakkan untuk membela binatang peliharaan yang berbulu seperti kucing.
  3. Pencemaran udara. Pencemaran udara tidak kira mahupun luar ataupun dalam boleh merangsang serangan penyakit asma. Sebab itu kalau boleh pastikan tingkap ditutup. Kadang-kadang ada juga di rumah berdekatan dengan kerja-kerja pembangunan yang membawa pencemaran udara ke dalam rumah. Di ulang, pastikan tingkap anda ditutup sekiranya rumah anda mudah terdedah dengan habuk mahupun segala bentuk pencemaran udara di luar.
  4. Cuaca. Cuaca juga tidak kurang penting dalam memainkan peranan dalam merangsang serangan asma. Selalu asma dikaitkan dengan cuaca sejuk. Terutamanya di waktu malam dan di awal pagi.
  5. Senaman. Senaman sememangnya baik untuk kesihatan, tetapi terdapat juga bukti yang menunjukkan serangan asma boleh berlaku ketika bersenam. Ia digelar ‘exercise-induced asthma’. Tetapi ia tidak bermakna anda tidak boleh bersenam. Anda masih lagi boleh bersenam sekiranya anda tahu bagaimana untuk mengawal asma anda.


No comments:

Post a Comment